Oleh: Dr. Adian Husaini (www.adianhusaini.id)
Pada hari ini, Sabtu (25/9/2021), saya mengisi diskusi dengan guru-guru di satu sekolah Islam di Karawang, Jawa Barat. Temanya tentang pentingnya adab dalam pendidikan. Dalam acara tersebut, saya menyampaikan konsep adab, khususnya adab guru dan murid dan aplikasinya dalam pendidikan.
Terkait dengan adab guru-murid, salah satu contoh menarik adalah adab yang ditunjukkan oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud kepada gurunya, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Meskipun sama-sama guru besar, Prof. Wan Mohd Nor selalu menyampaikan bahwa beliau adalah murid Prof. Syed Naquib al-Attas.
Berikut ini penjelasan Prof. Wan Mohd Nor tentang hubungannya dengan gurunya, Prod. Syed Muhammad Naquib al-Attas, sebagaimana dimuat dalam buku Rihlah Ilmiah Wan Mohd Nor Wan Daud (2021):
"Bila seseorang itu berjuang untuk sesuatu misi yang diyakininya benar dan penting sejak 1988 sehingga hari ini, dalam pelbagai bentuk formal dan tidak formal, banyak episode-episode yang dilalui bersama.
Beliau sentiasa ingat bahawa perjuangan kita ialah untuk menegakkan kefahaman sebenar dan tinggi mengenai agama Islam dan peranan ketamadunannya sebagai world history, sebagai satu gerakan besar yang telah mengubah sejarah umat manusia. Tujuannya ialah menyambung perjuangan para anbiya dan ulama ulung terdahulu. Metodologinya dengan ilmu multi-displiner, mendalam dan komparatif berserta niat yang sentiasa ikhlas, sederhana dan tegas bijaksana. Hampir dalam semua masalah, beliau akan memulakan dengan ilmu dan agama. Ini kadang-kadang menimbulkan salah faham golongan aktivis yang merasakan bahawa mereka sudah memiliki ilmu an mengamalkan agama dengan betul. Mereka dan sesetengah dari profesiona pula akan menganggap kaedah sebegini telalu teoretikal dan kurang praktikal.
Beliau seorang muaddib ulung. Menunjukkan kepada saya jalan pemikirannya bila mahu membalas sesuatu surat, menulis ucapan atau buku, daripada draf awal sehinggalah yang final.
Saya masih ingat pada awal penglibatan saya di ISTAC dan di waktu-waktu saya sangat tidak tahu cara-cara dan sifat-sifatnya, beliau satu hari berkata: Dr Wan, jika kadang kadang saya nampak marah dan keras, ini adalah kerana saya sudah biasa berdepan dengan pelbagai karenah manusia pelbagai agama dan tempat, saudara tidak harus takut dan berkecil hati. Bila beliau sesekali merasakan terlalu keras melahirkan pandangannya kepada saya, beliau akan cepat-cepat menelepon saya keesokan harinya, menyatakan bahawa belau tidak dapat tidur memikirkan hal itu, dan meminta maaf.
Bila saya meminta beliau memberi pandangan terhadap tulisan saya, belau akan membacanya dan memberi pandangan-pandangan yang selalunya bernas dan profound: dari peristilahan sehinggalah kepada struktur ayat, dan lain-lain.
Beliau banyak menasihati saya dalam pelbagai hal. Kali pertama beliau mahu menasihati saya dan mahukan perubahan baik dari saya, beliau bermula dengan meminta izin dari saya, seperti, "bolehkah saya nasihatkan anda sesuatu? Orang yang baik tidak akan berkecil hati jika ditunjukkan perkara-perkara yang boleh memperbaiki dirinya." Tentulah saya akan mengizinkan, walaupaun agak bimbang juga akan kandungan nasihat itu. Tetapi sehingga kini semua nasihatnya adalah berdasar ajaran Islam dan adab-adab tinggi, secara langsung kepada saya, maupun kepada orang lain di mana saya ada sebagai saksi. Dalam pengalaman saya, beliau tidak pernah memarahi sesaorang staf di depan orang lain kecuali yang terlibat dalam kesalahan tersebut.
Beliau banyak menceritaka kisah-kisah perjuangan hidupnya, menunujukan gambar-gambar, surat, dan lain-lain. Kerap kali saya diajak menghadiri perbincangan dan pertemuan formal dan tidal formal dengan setiap pelawatnya dan orang yang mahu dilawatinya, daripada orang biasa kepada ketua negara. Dan jika saya tidak dapat hadir, beliau aan menceritakan kepada saya kemudiannya."
Lanjut baca,